Privacy Policy
Last updated: 4 November 2026 · Bahasa Malaysia
This Privacy Policy explains how Jalur Beringin Food & Beverages Sdn Bhd (202601030132 / 1692227-W) ("Jalur Beringin", "we") collects and uses your personal data under the Personal Data Protection Act 2010 (PDPA). It covers this website and our cafés in Putrajaya and Rimbayu.
1. Personal data we collect
This website has no forms, accounts or online payments. It does not set cookies or use analytics or advertising trackers. We collect personal data only when you contact us or order from us. This may include your name, phone number, WhatsApp profile, email address, the details of your order or enquiry, and a delivery address if you give one.
2. Why we use it
We use your personal data to reply to your enquiries, to take, prepare and deliver orders and reservations, to handle feedback and complaints, and to meet our legal obligations. We do not sell your personal data, and we will not send you marketing messages without your consent.
3. Who we share it with
We share your personal data only with our staff, with service providers who help us run the business (such as WhatsApp, our email provider and our website host), and with authorities when the law requires it. Orders placed through GrabFood, foodpanda or ShopeeFood are handled by those platforms under their own privacy policies.
4. Transfer outside Malaysia
Some of our service providers, such as WhatsApp, Google and Cloudflare (our website host), may process data outside Malaysia.
5. Third-party content and links
This website loads its fonts from Google Fonts, which receives your IP address and browser details. Links to other websites and apps are governed by their own privacy policies.
6. How long we keep it
We keep your personal data only for as long as we need it for the purposes above, and for any period the law requires (for example, tax and accounting records). After that, we delete it.
7. Security
We take reasonable steps to protect your personal data from loss, misuse and unauthorised access.
8. Is it compulsory?
Giving us your personal data is voluntary. Without it, we may not be able to process your order or reply to your enquiry.
9. Your rights
You may ask to access or correct your personal data, or withdraw your consent, by emailing us. We will reply within 21 days.
10. Job applications
If you apply for a job by WhatsApp or email, we collect what you send us, such as your CV, contact details, work history and the role you want. Only our admin team and managers read it, and we use it only to assess your application and contact you about it. If you are not hired, we keep it for up to 12 months in case another role comes up, then delete it. You can ask us to delete it sooner.
11. Changes
We may update this policy from time to time. The date at the top shows the latest version.
12. Contact us
Jalur Beringin Food & Beverages Sdn Bhd (202601030132 / 1692227-W)
info@jalurberingin.com.my
If the English and Bahasa Malaysia versions differ, the English version prevails.
Dasar Privasi
Kemas kini terakhir: 4 November 2026
Dasar Privasi ini menerangkan cara Jalur Beringin Food & Beverages Sdn Bhd (202601030132 / 1692227-W) ("Jalur Beringin", "kami") mengumpul dan menggunakan data peribadi anda di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA). Dasar ini meliputi laman web ini serta kafe kami di Putrajaya dan Rimbayu.
1. Data peribadi yang kami kumpul
Laman web ini tidak mempunyai borang, akaun atau pembayaran dalam talian. Laman web ini tidak menetapkan kuki dan tidak menggunakan alat analitik atau penjejak pengiklanan. Kami hanya mengumpul data peribadi apabila anda menghubungi kami atau membuat pesanan. Ini mungkin termasuk nama, nombor telefon, profil WhatsApp, alamat e-mel, butiran pesanan atau pertanyaan anda, dan alamat penghantaran jika diberikan.
2. Tujuan penggunaan
Kami menggunakan data peribadi anda untuk menjawab pertanyaan; menerima, menyediakan dan menghantar pesanan dan tempahan; mengendalikan maklum balas dan aduan; dan mematuhi undang-undang. Kami tidak menjual data peribadi anda dan tidak akan menghantar mesej pemasaran tanpa persetujuan anda.
3. Pendedahan
Kami hanya berkongsi data peribadi anda dengan kakitangan kami, dengan penyedia perkhidmatan yang membantu kami menjalankan perniagaan (seperti WhatsApp, penyedia e-mel dan hos laman web kami), dan dengan pihak berkuasa apabila dikehendaki oleh undang-undang. Pesanan melalui GrabFood, foodpanda atau ShopeeFood dikendalikan oleh platform tersebut di bawah dasar privasi mereka sendiri.
4. Pemindahan ke luar Malaysia
Sesetengah penyedia perkhidmatan kami, seperti WhatsApp, Google dan Cloudflare (hos laman web kami), mungkin memproses data di luar Malaysia.
5. Kandungan dan pautan pihak ketiga
Laman web ini memuatkan fon daripada Google Fonts, yang menerima alamat IP dan maklumat pelayar anda. Pautan ke laman web dan aplikasi lain tertakluk kepada dasar privasi masing-masing.
6. Tempoh simpanan
Kami menyimpan data peribadi anda hanya selama yang perlu bagi tujuan di atas dan bagi apa-apa tempoh yang dikehendaki oleh undang-undang (contohnya rekod cukai dan perakaunan). Selepas itu, kami memadamnya.
7. Keselamatan
Kami mengambil langkah yang munasabah untuk melindungi data peribadi anda daripada kehilangan, penyalahgunaan dan akses tanpa kebenaran.
8. Adakah ia wajib?
Pemberian data peribadi adalah secara sukarela. Tanpanya, kami mungkin tidak dapat memproses pesanan atau menjawab pertanyaan anda.
9. Hak anda
Anda boleh meminta akses kepada atau pembetulan data peribadi anda, atau menarik balik persetujuan anda, dengan menghantar e-mel kepada kami. Kami akan menjawab dalam tempoh 21 hari.
10. Permohonan kerja
Jika anda memohon kerja melalui WhatsApp atau e-mel, kami mengumpul apa yang anda hantar, seperti CV, butiran hubungan, sejarah pekerjaan dan jawatan yang dipohon. Hanya pasukan pentadbiran dan pengurus kami yang membacanya, dan kami menggunakannya hanya untuk menilai permohonan anda dan menghubungi anda mengenainya. Jika anda tidak diambil bekerja, kami menyimpannya sehingga 12 bulan sekiranya ada jawatan lain, kemudian memadamnya. Anda boleh meminta kami memadamnya lebih awal.
11. Perubahan
Kami mungkin mengemas kini dasar ini dari semasa ke semasa. Tarikh di atas menunjukkan versi terkini.
12. Hubungi kami
Jalur Beringin Food & Beverages Sdn Bhd (202601030132 / 1692227-W)
info@jalurberingin.com.my
Sekiranya terdapat perbezaan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.